hari ni aku kena tag dari epa...dah le tgh tak ada idea ni,dia soh jawap lak soalan2x...ish...ish...aku cuba ek..kalau ada yang tersama tu jangan mare ek...ni first time jawap tag ni...
7 even facts about me:1. aku mama kepada seorg anak teruna yang comel .la ni umur dia 1thn 5 bulan .
2. aku anak ke tiga dari 6 beradik ( 4 pompuan 2 lelaki )
3. aku ni jenis puntual...kalau kata nak gi keluar kul 12.00tghari ,kul 12 mesti dah standbuy nak angkat kaki,bukannya baru nak gi toilet la...nak make up le...mungkin sbb ayah aku dah asuh macam tu masa kecik dulu...iye le...anak soldjar la katakan...
4. aku suka mencuba makan di tempat2x baru ttp sayang, eric tak suka so tak boleh mencuba selalu
5.
pink adalah warna kesukaan aku walaupun mendapat kritikan dari eric.( aku tak kira...)
6. aku rasa aku suka masak dan menjahit tapi waktu membataskan semua aktiviti tu , jadiknya terpendam ajer..bila dah terpendam tu mula la timbul bibit-bibit malas menyelubungi dalam diri..hehehe...
7. hari-hari cuti aku lebih suka dok kat rumah tgk tv atau tido ajer.
6ix unspectacular quirks about me :1. aku ni garang dan cepat nau naik angin...:(
2. aku mudah panik dan cepat terasa hati kalau ada org kutuk2 aku...dah puas aku cuba buang tabiat ni tapi tak leh la...maybe aku ni sensitif kot???? tapi aku banyak simpan dalam hati ajer dan aku cuba smash balik kat org tu bila2x ada kesempatan...hahaha...(jahat tak aku??? )
3. aku ni penakut...cerita2 hantu jangan harap aku nak tgk sbb nanti aku takut nak naik rumah atas...tapi kalau org cerita hantu sibuk nak dengar,balik rumah ajer mesti aku terbayang yang bukan2x....pendek kata cerita hantu,seram,tahyul atau yang sewaktu dgnnya adalah HARAM di rumah aku.
4. kalau aku nak sesuatu benda , aku akan berusaha dapatkan sampai berjaya..org kata dah outdated pun aku tak kisah ,janji aku dapat dgn duit aku sendiri..baru puas ati...
5. aku suka window shopping,kekadang sampai sakit kaki aku merayap dari satu department ke satu department...bukannya beli pun....eric mesti nyampah kalau jenjalan ngan aku...tapi dah lumrah pompuankan???
6. aku tak suka tunggu org (buat aku sakit ati dan naik angin) dan aku tak suka org tunggu aku ( buat aku kelam kabut ajer ).......
banyak pulak idea nak tulis ni, tapi cukup ler tu...aku malas nak tag member yang lain...kat off ni pun bukannya ramai pun yang ada blog...adios..